16 Mei 2016
Tiap kali tarikh 16 Mei ni mesti ramai yg up status ucapkan Selamat Hari Guru..
For me, guru adalah semua org yg pernah memberi ilmu kepada Aini.. Sbb guru ini adalah pendidik..
And of course, pendidik yg pertama muncul dalam hidup Aini, adalah Mak dan Abah.. Yg mengajar Aini untuk menjadi seorang anak solehah, ajar solat, ajar mengaji Al-Quran, ajar ttg kehidupan, ajar tingkah laku, ajar pertuturan, ajar adab, ajar tentang kasih syg, ajar masak, dan semestinya ajar tentang kehidupan dunia dan akhirat..
Selepas tu, baru masuk cikgu2 tadika Aiman di Ipoh, Sek Keb Seri Ampang, Sek Men Keb Wira Jaya, Sek Men Teknik Arau, Sek Men Teknik Sg Petani II, Politeknik Kulim, Universiti Malaysia Perlis..
Selepas tu, masuklah bos dan rakan2 sekerja masa kerja di Kilang Towa-M di Penang, UEM Sunrise Berhad, Kementerian Pendidikan Tinggi, Yayasan Suara Wanita, D'or Rue Sdn Bhd dan akan datang insyaAllah Ajiya Berhad.
Termasuklah jgk kenangan2 indah, pahit, getir, bahagia, sedih, kecewa, terkhianati bersama2 orang2 yg pernah hadir dalam hidup dan yang masih hadir tak kiralah sama ada sbg kawan, sahabat dan kekasih hati..
Semua2 di atas sgt2 mengajar Aini tentang kehidupan, kebahagian dan kehilangan..
Hidup di dunia xseindah yg disangka, banyak sebenarnya dugaan yg dtg, kadang2 menggugat iman, nak happy ke x, nak sedih ke x, nak benci ke x, nak maafkan ke x, semuanya ada secara langsung dan jgk secara tak langsung wujud dalam helaian kehidupan Aini..
Berpegang dgn kata2 arwah mama, "biar org buat kita, asalkan kita jgn buat org, sepahit mana sejahat mana org buat org tikam belakang, terima dgn redha itu ketentuan dan ujian Allah, mak ckp sbb mak dh pernah lalui, anak2 mak baru je nak mulakan hidup, hati kena kuat, guna akal fikiran yg Allah dah beri, yg penting ingat sentiasa setiap perbuatan kita biarlah ikot landasan dan syariat Allah dan ingat setiap perbuatan tu membawa nama mak dan abah".. Dan satu lagi ayat yg terpahat dihati.."jika indahnya dunia tanpa cacat cela maka manusia tidak akan mengejar akhirat yg kekal abadi, sebab itu dunia itu xseindah yg diimpikan kerana indah yg dikejar hanyalah di akhirat sana iaitu di syurga Firdausi"
Pegang dua ayat ni sampai bila2, bila ada perasaan negatif dtg walaupun dgn lelehan airmata sbb sampai skrg saat ini, Aini masih jgk menangis sbb sakit sgt kt hati..bukan xdpt nk maafkan, bukan benci, bukan pendam, tp manusia..biasalah, pasti akan ingat setiap perbuatan org yg menyedihkan, sampai rasa kadang2 trauma..ada org tak kenal pun Aini siapa, bercakap lglah tak, tp boleh je bila nampak Aini dok jeling2..Aini pulak xpernah wujud istilah benci, xsuka dan tetiba nak jeling kt org yg Aini xpernah kenal, berckp dan berkawan.. Xpe,Semua benda2 tu terpahat kt hati.. Apapun, setiap perbuatan tu xkiralah dari diri sendiri atau org lain, sgt2 mengajar Aini utk lebih berfikiran terbuka, lebih faham ttg dunia.. Legalah jgk kadang2, berjumpa dgn si Dia buatkan hati tenang utk fikirkan segala kenangan indah bersamanya..
Rawat hati dgn perbuatan2 indah.. Cekalkan hati dgn perbuatan2 mungkar manusia, hidup wajib diteruskan, Ilmu yg sebenar adalah pengalaman..
Terima kasih untuk segalanyaaa yg 👆🏻👆🏻👆🏻.. Inilah guru2 hidup Aini..
"Selamat Hari Guru" 💕
No comments:
Post a Comment