Diharapkan semua kawan2 sihat alhamdulillah.. Malam ni terpanggil nak update blog berkenaan Nahas Helikopter di Sarawak yg membawa VIPs..
Kalau ikotkan berita hari khamis tu, aini baca sepintas lalu je.. Sebab busy, kepala pun tak sempat nak fikir benda lain.. Masuk hari jumaat, bila scroll fb pagi tu, aini tengok lama sangat gambar VIPs yg terlibat dalam nahas.. Sbbnya aini macam tak sangka, betol ke ni orang yg aini kenal? Ni orang yg aini berjumpa dan bercakap? Allahu, aini terus search nama balik dan Ping! rasa macam kepala kena tembak.. Betul.. Tulahh MP yg aini kenal, Datuk Wan Khair-il.. Allah, sebak sangat2 hati, meremang bulu roma.. Aini betol2 xsangka.. Sejak dari tu, tangan keep update berita.. Hati dah redha dengan kejadian cuma mengharapkan jumpa mangsa.. Mintak sangat yg baik2.. Tapi harapan menjadi layu, bila malam ini dapat berita yg mangsa kelima sah, jenazah Datuk Wan Khair-il.. Sedihnya dalam hati.. Jodoh pertemuan kita tak panjang..
Allah, sesungguhnya perancangan Mu itu yg terbaik.. Jodoh dan Ajal itu adalah perkara ghaib, sedang Kau tahu segalanya.. Ya Allah, tempatkan arwah dikalangan orang beriman, jadikan arwah ahli syurgaMu dan ampunilah segala dosanya.. Terima kasih Allah untuk pertemuan dan perkenalan yg singkat bersama arwah.. Semoga dikau tenang wahai pemimpin.. :'(
Sesungguhnya tiap-tiap yg hidup pasti akan menemukan ajalnya.. Bersiap sedialah utk menghadapi segala ketentuan Illahi.. Kerana alam dunia ini hanyalah sementara,, akhirat kekal abadi.. Semoga kita semua ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga.. Ameen ya Rabb..
| Arwah bersama isteri dan anak-anak |
Doa yg terbaik aini utuskan kepada seluruh keluarga.. Semoga redha dan kuatkan hati..
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment