Saturday, 15 April 2017

Cekenit 2017

Hello gais!!!

Welcome on board 2017.. hahaha.. lama dah sis tk menulis kt blog..

baru-baru ni sis terkena cekenit, atau lebih general nama dia Kutu Babi. adoilahhh, sis tak tawu dia ada dalam telinga sis..

mula-mula sakit kat telinga, berdenyut-denyut, lepas sampailah bengkak n kejang habes urat2 kt tengkuk, nangis terok sgt... barulah sis p jumpa doc.. the best things is, sis dah tawu ada cekenit dalam telinga tp yang paling tak best, the doc can't do anythings utk keluarkan cekenit tu, dia boleh cakap, kena tunggu cekenit tu luruh sendiri.. masa tu pelbagai carutan ada dalam kepala sis. hahhaa..

pastukan, tanya dok tanya petua2 yg ada, ooo ada satu petua yang paling mujarab!. yeayyy.. tq mak awakkk..

petua matikan cekenit:
1) ambil bawang putih, pecahkan bawang tu, pastu letak dalam sudu campur dgn minyak masak.
2) pegang sudu yg ada bawang putih, minyak masak  td letak atas api sampai masak..
3) dah masak letak dalam bekas, bg sejuk satt.
4) dh sejuk, amek minyak goreng td titik kt cekenit, dua tits camtu,
5) kaki cekenit tercabut.
6) hora horeyyy !!

* tapikan, kalau hgpa sakit teramat sgt, pastu g hospital kerajaan kan, ada klinik pakar ent, kt situ ada specialist yg tlg cabutkan cekenit. hat tu lg senang.. byq singgit ja.

ok, untuk rujukan semua...

Image result for cekenit

Tuesday, 13 December 2016

Perkahwinan & Tips

Assalamualaikum WBT..

Entry kali ni sis nak bercakap panjang lebar pasal perkahwinan ni.. bercakap ke? eh x lah.. bercakap sambil menaip ni ha. hihihi

siapa kt sini suka sangat dgn perkahwinan?👀

hahaha, mestilah semua seronok cakap, "saya, saya, saya"

Adoiii.. haaa, sis punya pendapat lain pulak pasal perkahwinan ni..

Memanglah dulu impikan putera raja turun dari langit naik kuda putih ajak kawen bawak g mahligai dia kan? heiiii, dongeng sangat cerita tu.. ahahahaha..

sis sebenarnya takot sangat dgn perkahwinan ni.. tengok org mmg seronok depa bina mahligai. tp dalam hati sis, hanya Allah yang tawu..

bagi sis, nak jadi seorang suri hati kepada suami, sebelum berkahwin tu, awak2 semua ni WAJIB sangat2 dapatkan restu dari ibu bapa awak.. bila dah dapat restu ibu bapa barulah dapat redha Allah.. barulah nnt alam kahwin tu dimudahkan Allah..insyaAllah.. ni x, belom kahwin lagi dah terkinja-kinja nak gadoh dgn mak ayah, "mak ayah xfaham perasaan lah, mak dan abah pilih kasih lahh, anak lain boleh je kawen dgn pilihan sendiri, tang i ada je benda xkena..hmmmm" itulah ayat2 yang sering dilemparkan.. mulalah kisah babak dalam drama bermula.

eh kau! berpuluh tahun mak bapak kau jaga kau bagai menatang minyak yang penuh, nak itu ini ada, nak duit depa bagi, makan pakai lagi, itu pun nak mengata mak bapak jgk salah itu ini.. lepastu baru je jumpa laki dari ceruk mana entah, baru berkawan xsampai berapa bulan, pastu terkinja-kinja menggedik2 nak kawen dah sampai caci mak bapak sendiri yang dah berpuluh tahun berkorban untuk awak semata-mata nakkan laki yang xpernah jaga awak tu????? what theee???

Are you blind? deaf? or stupid? tolonglahhhhh, please lahh jangan nak buat kerja-kerja dongeng rakyat, drama cintan cintun pukul 7 malam tu.. please lahh.. this is REALITY not FANTASY! hokayy?
*fuhhh, pepagi lagi dah naik darah sis bila bercakap pasal benda ni*

kalau dah mak ayah dah kurang setuju, xsetuju, so NEXT jelahhhhh.. ingat mak ayah nak sangat ke tengok awak tu TAK BAHAGIA?? dia dah jaga awak2 semua dgn bahagia, xkanlah tetibe nak bg anak dia kt lelaki yang dia rasakan xbahagia?? semua tu BULLSHIT kalau awak2 rasa macam tu,fikirlah sikit..

bila dia dah kurang berkenan, sbb dia dah berfikir apa yang terbaik untuk anak2, dia sayang anak2, dia nak yang terbaik utk anak2.. ape masalah anak2 xreti n xfaham perasaan mak bapak ni? *tetibe terngiang-ngiang lagu SAAT LAFAZ SAKINAH, fuhh baru sedar beratnyaaa lirik lagu tu*

eh, kalau sis lah nak kenalkan pasangan yang sis sayang dekat mak ayah, kalau depa kata xsetuju, sis akan bincang elok2 dengan depa dan kalau at the end xok jgk, sis akan ckp elok2 kt mamat tu, my parents xsetuju and of course i will choose my parents rather than you because i know my parents and i love them more. if you want me, seriously wants to take as your wife, PROVE it to my PARENTS not me. that's it.

tapi, alhamdulillah, sis punya special sikit, kenalkan je tunjukkan je, alhamdulillah, my late mother and my father suka sangat2 dgn mamat tu. sebab apa? sebab anak depa dulu ni, jahil agama sangat..pastu boyfriend sebelum ni semua hancus lebus.. kalau sis tawulah perangai depa jijik macam tu, dari sebelum nak kenal sis dah xmau kenal. p kt hang lahhh.. tp tulah berkatnya inform mak bapak dulu, mak bapak je dapat tawu elok ka xelok pasangan tu untuk anak depa.. depa ni ada sense yang Allah dah bagi untuk hidu benda2 ni.. kalau x, xdaklahhh syurga tu di bawah telapak kaki ibu. penat2 sakit2 setengah mati mak teran hang keluaq untuk hidup kt dunia ni, baru atur sikit kehidupan, dah meroyan2. adoiilahhhh..

ok, ni ada beberapa tips dari pendapat sis sendiri utk berkahwin:

1) mintak REDHA Allah (tu sbb pentingnya ISTIKHARAH, mintak pada Allah agar dibukakan jalan dan petunjuk tentang jodoh, bak kata Ustaz Nabil Ahmad, "Jodoh itu adalah MASA DEPAN")

2) WAJIB ada RESTU mak bapak, (kalau dah mak bapak restu, insyaAllah Allah pun redha dan jalan menuju perkahwinan akan dipermudahkan oleh Allah)

3)WAJIB ada ILMU AGAMA. Baik lelaki mahupun perempuan. (Hello, ayat siapa yang kata perempuan tu perangai buruk takpa, asal lelaki beragama pun dah boleh bimbing.. sekarang ni zaman moden cheq oiii, lelaki skrg pun perlu bimbingan dari sang isteri..perempuan pun WAJIB ada ilmu agama ilmu rumahtangga, disaat si suami berada dalam keadaan "kurang akal" disaat itulah diperlukan ilmu agama dan ilmu rumahtangga seorang isteri. cakap nak sehidup semati, tu sebab PENTINGNYA ada ILMU AGAMA bagi KEDUA-DUANYA. xdak istilah yang BERAGAMA & MEMBIMBING itu hanya PERLU ADA pada SEORANG LELAKI/SUAMI.

SOLAT dah cukup?? PUASA penuh x?? haa, ni kalau solat pun dok culas2 lagi, skip kejap, *ehh hari ni rasa malas nak solat* haaaaa,,,,pi dahhh... TOLONGLAH BERUBAH...cakap nak kawen, nak bahagia, nak ada anak, xkanlahh nak semua benda tu tapi masih INGKAR PADA ALLAH?? kalau hg pun xpercaya pada Allah, xreti nak bersyukur dengan kehidupan yang Allah berikan dengan xsolat lima waktu sehari semalam, xletakkan sepenuhnya kehidupan dan pengharapan pada Allah, hang agak2 hang boleh dipercayai x? kalau sis, jawapannya, SORRY I XPERCAYA U LANGSUNG! Kalau hati baik pun, tapi Hang TAK SOLAT, hang tetap HAMBA YANG TAK BAIK *macam mana hang nak bina MASJID oiii* solat tu tiang, kalau tiang pun runtuh, bila entah masjid nak siap bina)

4) WAJIB ada ILMU RUMAHTANGGA. (ilmu rumahtangga? apatuuu? adoiii, inilah ilmu yang mak ayah kita dok didik kt rumah tu, kemas rumah, mop lantai cuci baju lipat baju, kemas dapur, cuci toilet, cuci pinggan mangkuk, kemas katil, masak, jaga makan pakai... haaa tu lahh,.bila duduk dengan mak bapak malas nak buat semua tu, bertolak-tolak lahh dengan mak dan adik-adik ni kerja rumah..*asyik aku je buat asyik aku je buat* at the end, buat sambil hentak2 kaki *boikot* mulut kumat kamit dengan carutan..bila dah kawen gaduh dengan suami pulak sbb suami xtolong, suami pun sama gaduh dengan isteri sbb isteri xtolong..mulalah sampai gaduh2 sampailah ke mahkamah syariah..oupsss, zaman skrg ni xsampai mahkamah syariah, tapi sampai kt media sosial dulu, n story mory kt orang lain, ataupun story mory kat CRUSH dulu mintak simpati crush, pastu sampailah bercerai.. adoiiilahh)

5) WAJIB buat PENGIRAAN tentang MASA DEPAN. (pengiraan masa depan? apetuuu? pengiraan tentang how you want to manage your life after you get married. maksudnya dari segi tempat tinggal, kewangan dan sebagainya, kena dah ada PERANCANGAN. nnt kalau tak ada PERANCANGAN, mulalah gaduh dgn suami/isteri sbb xcukup itu ini)

6) bila dan tick all the boxes above, barulah go to the next step of marriage life. GOODLUCK!


*Nasihat sis yang xberkahwin lagi ni, JODOH itu adalah MASA DEPAN. kita yang merencanakan masa depan kita sbb hidup di dunia ini adalah PILIHAN. Allah dan bagi sebaik2 akal untuk kita berfikir tentang KEHIDUPAN KITA. janganlah disebabkan nafsu, kita hancurkan kehidupakan kita yang dah Allah beri dan pinjamkan ini. kepada yang dah berkahwin, janganlah nak JUDGE dan jadi PENENTU kepada yang belum berkahwin dan bakal berkahwin. bila orang yang cakap lebih-lebih ni lah, dapat UJIAN sikit nanti dari Allah, mula dia akan MEROYAN terok. tapi tang orang, cakap itu ini macam dialah sahaja yang dah hidup berumahtangga dari zaman dulu kala sampai skrg ni BAHAGIA. amboihhh, haa meroyanlah tu bila orang tegoq sikit, pantang kena tengoq sbb dok berasa diri tu dah hebat sangat. PERKAHWINAN bukan SATU TREND tapi SATU IBADAH. nak buat ibadah tu kena ada step2 dia, jangan teros2 nak rodok, jpg silap rodok rupanya sarang BUAYA/HARIMAU/SINGA. hamekkk.. sis dah nasihat, nak ikot ikotlahh, xnak sudah..

*bila dan macam2 sangat kes jadi sekarang ni, tu sbb sis pulak dah takot nak kawen. takot woo nak kawen.. tu haa, takot salah rodok. huhuhu..

oklah, setakat ini saja entry kali ini.. FLY AINI FLY. 💆

Assalamualaikum, tenkiuuu sbb sudi baca habes.

Thursday, 14 July 2016

Jodoh Berdua

Assalamualaikum WBT dan selamat petang,

Alhamdulillah, hari ni hari yang Aini asyik rasa-rasa nak tersenyum jaa.. hahaha.. dah tau dah pasaipa..

ok, actually, dalam beberapa hari ni Aini syoq gak dok melayan drama Imam Mudaku Romantik..
haaaaa, disebabkan novel dia romantik angat-angat, so Aini pun teruja lah dok tengok drama dia pulak.. best korang..

rugi tak tengok weiii.. tetibe rasa hati yang kelam-kelam tu dah mula cerah bila dok teringat-teringat dan terbayang-terbayang si A bila tengok drama ni.. alaaa... siyes best..

bila dok terbayang tu mulalah rindu bagai.. aiseyymann.. harap-harap si A pun rindukan Aini jugak sepertimana si A dah berada dalam doa rindu Aini pada Allah.. harap sangat dpt jumpa nnt... semoga panjang jodoh kami hingga ke syurga..

Dalam drama Imam Mudaku Romantik ni banyk sangat pengajaran yang boleh diambil.. drama ni pun best xde sentuh-sentuh.. biasalah bila astro Oasis yang tayang kan.. :) 

Bila hati dah terpaut dengan ilmu agama, semuanya Allah pelihara.. semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik.. insyaAllah.. Mama, restukan hubungan ini ye walaupun mama dah jauh.. love you maa.. seperti mana restu mama sebelum meninggal dulu, harapnya itulah juga restu dari Allah dan jodoh Pikah.. :)

Friday, 24 June 2016

Janji Allah Pasti ☝🏻

JANJI ALLAH SWT UNTUK ORANG YANG MAHU BERKAHWIN

Dipetik dari sebuah artikel.

Shbt2 & kawan2 sekalian…Marilah kita sama2 renung2kan artikel ini…

Moga memberi manfaat buat kita bersama…insyaAllah

1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga ALlah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALlah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan ALlah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, ALlah akan menolong mereka yang berkahwin. ALlah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya maka ALlah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian ALlah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-“Ada tiga golongan manusia yang berhak ALlah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilILlah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari ALlah berdasarkan penegasan RasulULlah sallALlahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan ALlah itu pasti datang.

4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)

5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji ALlah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada ALlah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan ALlah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan ALlah, mengakui bahwa ALlah itu tempat meminta, mengakui bahwa ALlah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari RasulULlah sallALlahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda RasulULlah sallALlahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi sallALlahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-Wahai orang-orang yang beriman pohonlah pertolongan kamu kepada ALlah dengan penuh kesabaran dan mengerjakan sembahyang.

Sesungguhnya ALlah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.(terjemahan surah Al-Baqarah;153)

Mintalah pertolongan kepada ALlah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan ALlah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi sallALlahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai dengan sunnahnya dan jauh dari melakukan perkara2 bid’ah dalam amal ibadah y khusus.

7- Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.

Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras.(surah Al-Insyirah:5–7)

Ini juga janji ALlah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada ALlah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ALlah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah Al-Insyirah.

8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) ALlah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

Supaya ALlah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama ALlah. Baik dengan berinfak di jalanNya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga ALlah menolong kita.

9-“Sesungguhnya ALlah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya.Sesungguhnya ALlah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji ALlah. Dan ALlah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun ALlah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang ALlah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada ALlah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, Kenapa ragu dengan janji ALlah?

Petanda-Petanda Sebelum Meninggal 😢

Tanda 40 hari 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, 23 June 2016

Menanti Hari Lebaran! yeayy

Alhamdulillah,

eh, ada dua post hari ni.. sebabnya terlupa nak share dgn kengkawan..

hari ni aini happy gilakk sbb klip video lagu Tahmid Lebaran dari 6kump Munsyid Malaysia dah keluar.. yeayyyy.. lagu dia sedap gilaaa..

serius bila dengar rasa nak raya skrg jgkkkk, tp sebak jugak dengar sbb rindukan arwah mama waktu-waktu nak raya ni.. apepun, lebum Tahmid Lebaran ni aini dah order.. tasabar nak dia sampai kt rumah.. hihihii.. nnt g beraya bolehlah pasang xhentti-henti.. hihi..

jom, layan! nnt sekali dengar mesti nak dengar berkali-kali.. promise.. haha



Dengar tauuuuu...:))

oklah, gerak duluuu.. nak balik rumah dahhh.. Ajum!

Sunday, 29 May 2016

Istighfar dan Kelebihannya, jom amal! :)

Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri. Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan, taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia. Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon keampunan daripada Allah serta kembali kepadaNya.
Rasulullah SAW adalah orang yang telah dijamin oleh ALLAH bahawa diampunkan dosa-dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang melalui firmanNya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan bagimu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya ke atasmu dan menunjukkan kamu kepada jalan yang lurus.” (Surh Al-Fath: 1-2)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Adzim mengatakan, “Inilah kekhususan Nabi SAW yang tidak ada seorang pun yang menyamainya. Tidak ada dalam satu hadis sahih pun yang menceritakan tentang balasan amalan kepada selain Baginda SAW yang menyatakan bahawa dosanya yang telah lalu dan yang akan datang akan diampuni.
Inilah yang menunjukkan kemuliaan Baginda SAW dalam segala perkara ketaatan, kebaikan dan keistiqamahan yang tidak didapati oleh manusia selain Baginda, baik dari orang yang terdahulu mahupun orang yang kemudian. Bagindalah manusia yang paling sempurna secara mutlak dan Bagindalah pemimpin seluruh manusia di dunia dan Akhirat.”
Pun begitu, walaupun dosa-dosa Baginda semuanya telah dijamin diampuni oleh ALLAH, Baginda SAW adalah orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH pada setiap masa dan keadaan. Baginda bersabda, “Wahai sekalian manusia. Bertaubatlah (beristighfar) kepada Allah kerana aku selalu bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhu, dia mengatakan bahawa jika kami menghitung zikir Rasulullah SAW dalam satu majlis, Baginda mengucapkan “Rabbighfirli wa tub ‘alayya innaka Anta Al-Tawwabu Al-Rahim” (Ertinya: Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak 100 kali. (Sahih, Riwayat Abu Daud, Silsilah Al-Sahihah)
ISTIGHFAR SEBAB DITURUNKAN HUJAN
Diriwayatkan dari Al-Sya’bi, dia berkata, “Omar bin Al Khatthab radhiyallahu ‘anhu suatu masa meminta diturunkan hujan, namun dia tidak membaca lebih dari sekadar istighfar sehingga dia kembali. Lalu ada yang berkata kepadanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” Saidina Omar pun mengatakan, “Aku sudah meminta diturunkan hujan dari langit”.
Kemudian Omar membaca ayat, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat” (Surah Nuh: 10-11)
Omar lantas berkata, “Wahai kaumku, mintalah ampunan daripada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.” (Riwayat Al Baihaqi 3/352)
Para Ulama Tafsir, antaranya Imam Ibnu Katsir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat firman Allah “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan Dia akan membanyakkanmu dengan harta dan anak-anak, dan menjadikan bagimu kebun-kebun dan menjadikan bagimu sungai-sungai.”” (Nuh: 10-12) mengatakan bahawa di dalam ayat ini Allah memerintahkan manusia supaya kembali kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang selama ini mereka lakukan serta bertaubatlah kepadaNya dengan segera, kerana sesungguhnya barang siapa bertaubat kepadaNya, pasti Allah akan menerimanya, walau sebanyak mana dan sebesar apa pun kekufuran dan kemusyrikan yang telah dikerjakannya.
Maksudnya, Allah akan menurunkan hujan lebat dan terus menerus dengan sebab istighfar tersebut. Oleh kerana itu juga, disunnahkan untuk membaca surah Nuh ini di dalam solat istisqa’ (solat meminta hujan).
Dan jika manusia kembali kepada Allah dan memohon ampunan kepadaNya serta mentaatiNya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki dan mencurahkan hujan dari langit untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi, juga menumbuhkan pelbagai jenis tanaman, melipatgandakan susu ternak, serta melimpahkan harta dan juga anak.
Dalam ertikata lain, Allah akan memberikan harta kekayaan dan juga anak serta menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan, dialiri pula oleh sungai-sungai yang mengalir. (Tafsir Al-Quran Al-Adzim, Imam Ibnu Kathir)
ISTIGHFAR JALAN KELUAR PADA SETIAP KESUSAHAN
Adapun dalil dari Sunnah Rasul SAW yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”  (Sahih, Riwayat Ahmad)
Terdapat juga sebuah atsar dari Imam Al-Hasan Al-Basri, seorang tabiin, tentang keutamaan istighfar yang luar biasa. Diriwayatkan bahawa pernah seseorang mengadu kepada Al-Hasan Al-Basri tentang musim kemarau yang terjadi. Imam Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian orang lain mengadu lagi kepadanya tentang kemiskinannya. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengeluh lagi kepadanya tentang kekeringan pada kebunnya. Lalu al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian datang lagi orang lain mengadu kepadanya kerana belum mempunyai anak. Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian Al-Hasan membaca ayat dalam surat Nuh, ayat 10-12, “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan menjadikan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai.” (Fath Al-Baari, 11/98, Ibnu Hajr Al-Asqalani)
CARA ISTIGHFAR
Istighfar adalah doa dan doa adalah ibadah. Maka cara dan lafaz dalam beristighfar hendaklah sesuai dengan petunjuk sunnah Nabi SAW, iaitu yang ada contohnya dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Antara lafaz istighfar yang datang dari Nabi SAW adalah, 1. Astaghfirullaah (Riwayat Muslim); 2. Astaghfirullaha Al-‘Azhim alladzi Laa ilaaha illa huwa Al-Hayyu Al-Qayyuum wa atuubu ilaih. (Sahih, Riwayat Al-Tirmizi)
Secara umumnya tidak ada hadis yang menghadkan atau menetapkan jumlah tertentu dalam mengucapkan istighfar, misalnya beberapa ribu atau puluh ribu. Yang ada, perbanyakkanlah istighfar pada bila-bila masa dan di mana kita berada tanpa dibatasi jumlah tertentu, kecuali jika memang ada hadis sahih dari Nabi SAW yang menetapkan sebegitu.
PENGHULU ISTIGHFAR
Juga terdapat sepotong doa istighfar yang paling utama dan dikatakan sayyidul istighfar (penghulu segala istighfar). Ia diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda,
“Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan, “Allahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Anta, Khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mas-tatha’tu, ‘A’uuzubika min syarri maa shana’tu, abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa-abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fa innahu laa yaghfiru al-dzunuuba illaa Anta (Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari no. 6306)
Faedah dari membaca penghulu istighfar ini menurut Nabi SAW, “barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada petang harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan pada malam hari dengan meyakini maknanya, lalu dia meninggal pada pagi harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga.”
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa, dan untuk memastikan ia dimakbulkan, sudah semestinya dengan mengikuti adab dan etikanya. Hendaklah ketika berdoa dan memohon keampunan kita menghayati maknanya sambil berusaha memenuhi akibat dari istighfar tersebut iaitu menyesali dosa serta menghindarkan diri dari kemungkaran, maksiat, dan perbuatan dosa yang lainnya. Wallahu a’lam.