Saturday, 30 April 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum WBT..:)

Apa khabar semua sahabat2? Alhamdulillah, harapnya semua sihat2 InsyaAllah..

Hari ni Aini ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2016 di MAEPS, Serdang. MashaAllah, best sgt2.. Bukan apa, bila berhimpunnya buku-buku ilmiah rasa banyaknya ilmu.. Banyaknya para-para ilmuan dunia yang sudi menyampaikan ilmu berbentuk penulisan yang mungkin sekarang ni sudah mulai pupus dek kerana kecanggihan media.. Tetapi apapun, aini tetap tabik spring kepada semua para-para ilmuan yang berjaya menghasilkan karya memasing. 

Berkaitan dengan Pesta Buku ini jugak, Aini sempatlah jugak berjumpa dan sembang2 dengan sahabat-sahabat dari Arteffects International.. Dari Boss dia sampai lah ke semua staf-staf yang ada.. Tak larat nak gelak, tak larat kena interview.. 😄 I am so lucky to have uolls in my chapter of life.. Pheww...

Tadi sesampai je kt MAEPS, aini terus bergerak ke Hall C, nak cari dimanakah booth In-Team dan Hafiz Hamidun.. Tapi sbb dah pukul 3ptg, so Aini pun terus je ke Pentas Utama. Pukul 3ptg tadi slot bersama Hafiz Hamidun. Apapun, terbaiklah Hafiz. Tentang buku Cerita Hati Hafiz Hamidun tu, pandangan aini sangatlah rasional.. Bagi aini apapun jenis buku, jika penyampaiannya memberi manfaat dan kebaikan, ia masih digelar ILMU. Ilmu itu luas, tak semestinya wajib berkarangan. Lagipun, setiap kata-kata yang ada dalam buku tersebut memberi nasihat dan didikan kepada kebaikan. Kita manusia sentiasa lupa. jadi, kata-kata beliau boleh dijadikan sebagai pengingat ketika terlupa. Itu pandangan peribadi Aini, apapun mmg terbaiklah Hafiz.. 🤗
Habis slot di pentas, aini pun masuk balik Hall C sbb dah mula nak cari cd Opick-Salam Rindu Ya Musthofa. Alhamdulillah, ada di booth Arteffects International.. So, apa lagi, aini terus grab 3 cd kt situ dan bergerak ke booth In-Team, grab lagi 3 cd yang teramatlah aini ingin memilikinya.. Saat Lafaz Sakinah-FarEast. 

Lepas tu singgah ke booth Maghfirah, grab 1 buku yang paling memikat hati, Aku Bukan Malaikat-Tarbiah Sentap. 

Borong sakan hari ni. Tak menyesal beli sbb semuanya mendidik kepada kebaikan.. Terima kasih Allah atas nikmat hari ini.. Aini bahagia. 😌





Ok, ni saja yang aini nak kongsikan hari ni.. Jom datang lagi esok!! 😄😄

No comments:

Post a Comment